Search

Premium Food Corporation Sdn Bhd (PFCSB) ditubuhkan pada Mac 2010. Syarikat kami berpangkalan di Seri Kembangan, Selangor dan merupakan perintis dalam industri penghasilan santan sawit.

Tujuan utama penubuhan syarikat ini dan penghasilan santan sawit adalah untuk mempelbagaikan produk berasaskan santan sawit di dalam pasaran, di mana secara tidak langsung mempromosi serta mengkomersialkan penggunaan santan kelapa sawit sebagai alternatif yang sihat kepada penggunaan santan kelapa yang sedia ada.

Santan sawit ini merupakan salah satu produk yang rendah lemak dan bebas kolesterol yang boleh digunakan dalam kebanyakkan masakan tempatan seperti kari, masak lemak dan lain-lain masakan yang berasaskan santan di mana santan sawit juga akan bertindak menggantikan santan kelapa di mana ianya terbukti dapat mengekalkan rasa dan rupa yang setanding dengan santan kelapa.

Untuk minuman pula, santan sawit sangat sesuai untuk dijadikan santan cendol di mana ianya sangat sedap dan tidak mudah basi.

Produk santan sawit ini telah diberikan jenama ‘Khalis’, yang diambil dari nama dalam Bahasa Arab yang bermaksud suci dan ikhlas.

Menerusi maksud jenama ini, PFCSB telah menggariskan SOP (standard operation procedure) yang ketat bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi selaras dengan pelaksanaan kriteria pensijilan MeSTI, GMP dan HACCP.

Selain itu, kami juga sentiasa komited untuk mengekalkan produk kami pada harga yang berpatutan serta penggunaan yang menjimatkan tanpa mengabaikan kualiti.

Visi

Produk Muslim buatan Malaysia yang sihat dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan

Misi

  • Melahirkan generasi yang lebih sihat
  • Mewujudkan peluang perniagaan kepada masyarakat melalui penggunaan produk yang menjimatkan
  • Memperkukuhkan industri sawit negara
  • Menjadi pengeluar santan sawit yang terbesar serta dikenali di seluruh rantau ASEAN selain mendidik komuniti antarabangsa tentang kebaikan kelapa sawit Malaysia

Jenama PFCSB