Search

Santan Khalis, Resepi Anda

Rendang Ayam

Bahan-bahan

1 ekor ayam
1 cawan Khalis Santan Sawit
½ kerisik
2 daun kunyit
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Bahan untuk dikisar
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
15 tangkai cili kering
15 bijicili api

Langkah-langkah

  1. Ayam dibuang kulit dan dipotong kecil.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali besar dan kacau sehingga sebati.
  3. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya sebati.
  4. Tambah gula dan garam secukup rasa.
  5. Sedia dihidangkan apabila sudah pekat.

Nasi Lemak

Bahan-bahan

1kg beras (dicuci)
2 cawan Khalis Santan Sawit
4 - 5 cawan air
1 inci halia (dipotong nipis)
4 ulas bawang merah dan bawang putih (diracik halus)
daun pandan
garam halus secukup rasa

Langkah-langkah

  1. Campur Khalis Santan Sawit dan air ke dalam periuk yang berisi beras.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan dan garam halus secukup rasa ke dalam beras.
  3. Tunggu sehingga nasi masak dan sedia untuk dihidangkan.

Cendol Sawit

Bahan-bahan

Air Cendol
1L Khalis Santan Sawit
2L air
½ sudu besar garam
5 helai daun pandan

Sirap Gula Melaka
300g gula melaka
1L air
250g gula
250g gula merah

Bahan Tambahan
Ais hancur
Cendol hijau
Kacang merah
Jagung
Durian
Aiskrim vanilla
Pulut

Langkah-langkah

  1. Tambah air, Khalis Santan Sawit, daun pandan dan garam (secukup rasa). Biar campuran sehingga mendidih.
  2. Tambah air, gula melaka, gula merah dan gula. Masak campuran sehingga semua gula cair dan campuran menjadi pekat.
  3. Sejukkan air cendol dan sirap gula melaka, kemudian hidangkan bersama ais hancur, cendol hijau, kacang merah, jagung, aiskrim vanilla, pulut dan durian (ikut pilihan).