Soalan Lazim
Khalis santan sawit adalah sebuah produk sihat dan menjimatkan yang boleh digunakan dalam kebanyakkan masakan tempatan yang berasaskan santan di mana santan sawit mampu menggantikan santan kelapa dan terbukti dapat mengekalkan rasa dan rupa yang setanding dengan santan kelapa.
Khalis Santan Sawit dihasilkan melalui kaedah pemprosesan minyak sawit berkualiti tinggi yang diambil daripada bahagian sabut kelapa sawit yang dibekalkan oleh Sime Darby.
Khalis Santan Sawit bebas kolesterol, rendah lemak dan kaya dengan Vitamin A dan E. Berbanding dengan santan kelapa kotak, penggunaan Khalis Santan Sawit juga lebih menjimatkan kerana harga Khalis Santan Sawit lebih murah dan masakan yang disediakan menggunakannya tahan lebih lama.
Anda boleh dapatkan Khalis Santan Sawit dari bahagian makanan segar dingin di mana-mana pasaraya besar berdekatan anda. Untuk senarai penuh pasaraya di setiap negeri, sila klik Cari Khalis.
Bagi penduduk Penang, Johor Bahru dan Lembah Klang, Khalis Santan Sawit boleh didapati menggunakan aplikasi Tesco Online MY.
Untuk menjadi agen, anda perlu mempunyai sebuah chiller 2-pintu dengan suhu yang diset pada 3 ke 5 darjah celsius. Pembelian minimum termasuk penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 30 kotak. Setiap kotak mengandungi 10 paket. Sila hubungi kami jika anda benar-benar berminat untuk menjadi agen.
Pastikan Khalis Santan Sawit sentiasa disimpan dalam peti sejuk pada suhu antara 3 ke 5 darjah celsius. Jangan dibekukan. Setelah dibeli dari pasaraya, pastikan ianya tidak melebihi 3 jam di luar peti sejuk dan elakkan daripada terkena sinaran panas matahari.
Khalis Santan Sawit mampu bertahan sehingga 3 bulan di dalam peti sejuk jika paketnya belum dibuka. Selepas dibuka, Khalis Santan Sawit mampu bertahan antara 3 ke 4 minggu sekiranya disimpan dalam bekas bersih kedap udara pada suhu bawah 5 darjah celsius.
Kilang Khalis Santan Sawit berpangkalan di Seri Kembangan, Selangor.
Ya! Syarikat PFC (pengeluar Khalis Santan Sawit) adalah 100% dimiliki oleh Muslim Bumiputera.
Ya! Khalis Santan Sawit dihasilkan menggunakan sawit yang dibekalkan oleh pengeluar sawit yang mendapat pengiktirafan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).
Ya, bahan-bahan yang digunakan untuk memproses santan sawit adalah dijamin halal.
Santan kotak selalunya sudah diproses dan ditambah pengawet. Khalis Santan Sawit tidak dibuat dalam kotak untuk mengekalkan kesegaran produk.
Kos untuk memasuki pasaran Sabah/ Sarawak adalah tinggi kerana Khalis Santan Sawit perlu sentiasa disimpan sejuk. Untuk eksport pula, Khalis Santan Sawit masih belum mempunyai jangka hayat yang panjang. Kami mempunyai perancangan untuk melakukan proses retort pada masa akan datang untuk mengatasi kekangan ini.
Khalis Santan Sawit tidak boleh dibekukan kerana rasa, tekstur dan kandungan khasiat akan berubah jika dibekukan.
Disebabkan harga Khalis Santan Sawit yang rendah serta penggunaannya yang menjimatkan, kebanyakkan pengguna Khalis Santan Sawit terdiri daripada peniaga cendol, restoran dan katerer. Sebanyak tujuh buah hospital kerajaan dan swasta di seluruh Semenanjung Malaysia juga menggunakan Khalis Santan Sawit dalam penyediaan makanan untuk pesakit mereka.